Salam semua.., agak lama juga saya menyepi ye.., bukan ape.., sebelum ni akak mengandung , berehat sebentar buat decorasi, baru bulan lepas ni je bersalin.
Selepas pantang ni baru le ada sikit kelapangan untuk buat kembali hobi deco-deco nih.
Kali ni projek decorasi ubahsuai jam dinding lama. Jam ni sudah layak dibuang dalam tong sampah sebenarnya.., tapi kakak saya suruh saya cuba ubahsuaikan menjadi ala-ala decoupages. Mula-mula pening jugak saya nak fikir macamana nak buat decaupages jam lama ni..., Warna body luar warna coklat dan warna jam didalam warna hitam. Nombor jam pula warna putih.
Saya dapat idea.., saya spray warna putih didalam nombor jam tu keseluruhannya.., kemudian saya guna Marker Pen warna hitam untuk warnakan tulisan nombor tersebut. Setelah itu warna body luar saya sapukan ngan cat Americana warna pink. Dan corak bunga tu saya gam ngan kertas tisu.
Maka siaplah jam ini.., Macam tak percaya pulak. dari jam buruk boleh jadi jam cantik..
Dimana ada kemahuan.., disitu ada jalan...
... march agenda.
-
Assalamualaikum...
Dah berapa hari sy berkira-kira untuk update di blog... tapi akhirnya sy
cancel. Jika sy bercerita tentang menjahit, sy bimbang sy terle...
1 hari yang lalu




0 ulasan:
Catat Ulasan